Sabtu, 28 Mac 2009

sampah pilihan raya

ada tiga pilihan raya kecil sekarang. walaupun tiga bahangnya terasa.
pelbagai risalah diedarkan dan bermacam-macam poster digantung semasa kempen pilihan raya. selepas pilihan raya, semuanya jadi sampah.
pengutip sampah seperti saya mengutipnya. yang dipaparkan pada entri ini ialah sampah pilihan raya umum 1999.
risalah dan poster ini tentu menggamit nostalgia pilihan raya anda. kanan atau kiri - itu pilihan anda - saya hanya pengutip sampah.

Rabu, 25 Mac 2009

aliph

saya tengah cari kasut aliph. ada sesiapa boleh bantu?

dari bic ke reynold

dah sekolah menengah baru merasa guna pen. dapat pula pen bic. wo, memang best!kalau tak silap. masa tingkatan 4 atau 5, pen reynolds mula popular sebelum diambil alih oleh kilometrico. reynolds dah tak dijual lagi sekarang.
lama sebelum itu, di sekolah rendah - masih guna pensel walau dah darjah 6. kalau salah senang nak padam. masa tu guna pemadam abc.
kalau guna pisau lipat yang ada gambar ikan ini - dah kira hebat la.

tentang pen bic itu ada satu majik. dua hujung mata pen bic ditemukan. kemudian, salah satu pen dilepaskan. pen yang dilepaskan itu tidak jatuh. malahan boleh dipusing-pusing dengan menggerak batang pen yang lagi satu.

majik bukan?

rahsianya - hujung mata pen bic itu dicabut dan diletakkan seurat rambut. dipasang semula. hujung mata pen yang lagi satu digantung pada rambut tersebut.