Khamis, 13 Oktober 2011

loteri kebajikan

pernah dengar tentang loteri kebajikan masyarakat? loteri itu wujud pada zaman jahiliyah malaya. saya tak pernah beli, tapi pernah lihat.

yang ini loteri juga. tapi dianjurkan oleh persatuan bulan sabit merah malaysia (pbsmm). yang ini saya beli - pada zaman jahiliyah malaya juga.





Rabu, 13 Julai 2011

masuk muzium masuk zoo

dulu. masuk muzium pada mulanya percuma. bayaran hanya dikenakan untuk bayaran khas. pameran hantu misalnya.

seronok tengok macam-macam diorama. terutama diorama di dalam hutan dan di tepi pantai.

di luar muzium - boleh lihat macam-macam kenderaan. bas mini (tapi yang warna pink) pun ada.
pernah masuk zoo negara. binatang-binatang di zoo sangat skema. saya lebih suka menonton persembahan di akurium tar. sambil menonton sambil usha awek. alahai!

dulu $1.oo boleh masuk muzium. $3.00 boleh masuk zoo. sekarang, boleh?



Selasa, 21 Jun 2011

resit

1986-88. di hospital besar kuala lumpur (dekat dengan kantin dan taman burung) ada mesin atm kawanku. kami selalu keluar duit di situ. kami jalan kaki, dari taman tasik titiwangsa menuju ke rumah kami di jalan raja alang, kampung baru (setahun kemudian, kami pindah ke jalan raja uda).

"itu kawan abang," kata adik saya wan, setiap kali melihat bank berkepala harimau itu. di mana-mana jua.waktu itu, batu road supermarket dan keramat supermarket ialah pasar raya yang amat popular. kemudian, tumbuh hankyu jaya dan paling gah the mall di jalan putra. tapi, budak-budak muda suka lepak di kompleks pertama dan kompleks campbell.pernah makan di kfc jalan tar? kfc ini masih wujud sekarang. rasanya antara yang terawal ada di kl selain yang terdapat di kompleks pertama dan di depan hentian bas pudu. tahun-tahun 80-an, masih ada yang berikan berikan perkhidmatan ala-carte. sekarang, semua kfc layan diri.



dulu-dulu. tahun-tahun 80-an. dapat RM340.00 sebulan pun dah cukup. bayar sewa rumah. makan minum. boleh beli baju. belanja awek makan dan tengok wayang pun boleh.



budak bujang sekarang, cukup ke kalau banyak itu kalau tinggal di kl?