zaman sekolah dulu-dulu. kalau dapat bekas pensel plastik yang penutupnya ada magnet memang bergaya. masa itu mana ada pensel untuk peperiksaan - stabilo. pembaris pun pembaris kayu. getah pemadam kepala hijau ada huruf a, b, c ... . pen bic atau reynolds.
Ahad, 7 September 2008
Sabtu, 6 September 2008
pen pilot
masa sekolah tahun 1970-an dan 1980-an. sesiapa yang ada pen pilot dah kira hebat. pen dakwat basah. buat tulisan sambung. harganya waktu itu tak sampai RM10.00. kalau tidak silap harganya lebih kurang RM5.00.
itu dulu. sekarang pen pilot tidak lagi dijual di kedai-kedai alat tulis. sukar sekali untuk mendapatkannya. kalau ada pun harganya ... .
seperti (dalam gambar) yang dilihat di sebuah kedai antik di kuala lumpur.
itu dulu. sekarang pen pilot tidak lagi dijual di kedai-kedai alat tulis. sukar sekali untuk mendapatkannya. kalau ada pun harganya ... .
seperti (dalam gambar) yang dilihat di sebuah kedai antik di kuala lumpur.Jumaat, 5 September 2008
mesin getah
dulu. getah dimasukkan dalam tin minyak yang dikerat dua. dibubuh cuka getah. setelah beku - getah dikeluarkan. dipijak-pijak supaya leper. kemudian, dimesin. mula-mula, dengan mesin licin. kemudian, dengan mesin bunga.
sekarang. orang jual getah sekerap atau susu getah sahaja.
Rabu, 3 September 2008
Sabtu, 21 Jun 2008
Selasa, 17 Jun 2008
cawan batu
sekitar tahun 1970-an. kalau ke kedai mamak dengan abah. abah akan pesan secawan teh tarik. teh tarik dalam cawan batu. abah akan ambil piring cawan batu. letak di depan saya. abah tuang teh tarik dalam piring. abah minum pakai cawan. saya minum pakai piring.sekarang. cawan batu ada di jual. tapi cawan batu itu tidak sama dengan cawan batu tahun 1970-an. kualitinya lain.
cawan batu yang dijual sekarang - bunganya tidak terang - jika dibasuh dan disental warnanya mudah tanggal.
Ahad, 1 Jun 2008
Langgan:
Catatan (Atom)













