Jumaat, 5 Disember 2008

bas berwarna biru



bas berwarna biru. bas sri jaya. kalau ada kawan nama basri - mereka akan kenakan.

"basri mana?"

dan pabila basri menoleh, "bas sri jaya laaa..."




DI PERHENTIAN PUDURAYA

Diperhentian puduraya
Tempat mula bersua
Dalam bas berwarna biru
Menuju ke utara
Senyum terukir untukmu
Kau membalas tunduk malu
Sungguh ayu
Ku terpanah dari godaan cinta pertama

Kau membalas kasihku
Tapi kau harus pulang segera
Kerana masa telah lewat untuk kita

Oh..selamat tinggal
Jumpa lagi
Oh...esok hari
Diperhentian ini
Bila cinta sudah tersemai
Apa saja yang dibuat serba indah

Ooo..tak kusangka
Cinta berakhir
Esok ku menunggu
Dan menunggu
Khabar ku terima engkau di lamar
Dari pilihan kedua orang tuamu
Bas warna biru telah hilang cahayanya
Kerana cinta telah pudar dari mata
Selamat tinggal perhentian puduraya

LAGU/LIRIK: M.NASIR

Di Perhentian Puduraya - Kembara

Khamis, 4 Disember 2008

mari tengok wayang















"air kotak... air tin... boleh masuk panggung waaayang." jerit seorang amoi di luar panggung odeon.

kadang kala tiket habis. tapi masih boleh beli tiket black market dengan harga berganda.

kemunculan ciniplex menyebabkan banyak panggung wayang seperti odeon tutup di kl. kini hanya tinggal coliseum.

Selasa, 2 Disember 2008

mana ada yang "free" di kl

tiada yang percuma di kl. kecuali oksigen yang disedut. dan, kadang kala "pemandangan percuma" yang sengaja kaulihat atau tak sengaja kaulihat. hinggakan. jika terasa nak terkucil. engkau harus bayar. walaupun - baunya hancing.

seputar tahun 80-an. nak masuk tandas bayar 10 sen. dan, akan diberikan tiket. kini, bayaran tandas, 20 sen hingga 50 sen. namun, perkhidmatan tandas ada yang semakin baik.

sekarang. di kl - rasanya tiada tiket untuk masuk tandas lagi.


Khamis, 27 November 2008

bas mini nombor dua belas atau nombor berapa pun bolehlah

zaman bas mini ialah zaman kenangan. masuk berhimpit-himpit. kadang-kadang terhimpit yang lembut. kadang-kadang terhimpit yang keras. huh! bau macam-macam.

konduktor pun macam-macam ragam. yang garang. yang lucu.

ada satu dialog abang konduktor bas mini 12. "masuk-masuk. masuk sampai dapur. jangan malu-malu."

kadang-kadang katanya. "masuk-masuk. tak payah bukak kasut."

seorang konduktor bas perempuan (yang garang) pula. entah nombor berapa. "masuk-masuk, bang. masuk dalam-dalam."

seorang penumpang lelaki menjawab. "saya dah tahan ni. terhimpit."

harga tiket bas mini mulanya 40 sen. naik kemudiannya 5o sen dan 60 sen. sebelum perkhidmatan bas mini digantikan dengan intrakota - harga tiketnya 70 sen.

Selasa, 4 November 2008

cheer


minuman cheer dalam botol begini sudah tiada lagi. lebih-lebih lagi dengan penutup tin. dua botol di atas saya beli di amcorp mall.

Rabu, 29 Oktober 2008

gelas-gelas klasik 3

gelas-gelas di bawah ini diberikan oleh maisarah, rakan sekerja saya. menurut maisarah, gelas-gelas ini dulunya digunakan oleh keluarganya. dia masih ingat ayahnya pernah menggunakan gelas-gelas ini untuk menikmati teh o panas. daripada terbiar begitu sahaja, diberikannya kepada saya untuk disimpan.

Ahad, 21 September 2008

Ahad, 7 September 2008

pen youth

pen ini tidak sehebat pilot. tapi, banyak digunakan sekitar tahun 70-an dan 80-an.

bekas pensel



zaman sekolah dulu-dulu. kalau dapat bekas pensel plastik yang penutupnya ada magnet memang bergaya. masa itu mana ada pensel untuk peperiksaan - stabilo. pembaris pun pembaris kayu. getah pemadam kepala hijau ada huruf a, b, c ... . pen bic atau reynolds.

Sabtu, 6 September 2008

pen pilot

masa sekolah tahun 1970-an dan 1980-an. sesiapa yang ada pen pilot dah kira hebat. pen dakwat basah. buat tulisan sambung. harganya waktu itu tak sampai RM10.00. kalau tidak silap harganya lebih kurang RM5.00.

itu dulu. sekarang pen pilot tidak lagi dijual di kedai-kedai alat tulis. sukar sekali untuk mendapatkannya. kalau ada pun harganya ... .

seperti (dalam gambar) yang dilihat di sebuah kedai antik di kuala lumpur.

Jumaat, 5 September 2008

mesin getah

dulu. getah dimasukkan dalam tin minyak yang dikerat dua. dibubuh cuka getah. setelah beku - getah dikeluarkan. dipijak-pijak supaya leper. kemudian, dimesin. mula-mula, dengan mesin licin. kemudian, dengan mesin bunga.

sekarang. orang jual getah sekerap atau susu getah sahaja.

Selasa, 17 Jun 2008

cawan batu

sekitar tahun 1970-an. kalau ke kedai mamak dengan abah. abah akan pesan secawan teh tarik. teh tarik dalam cawan batu. abah akan ambil piring cawan batu. letak di depan saya. abah tuang teh tarik dalam piring. abah minum pakai cawan. saya minum pakai piring.

sekarang. cawan batu ada di jual. tapi cawan batu itu tidak sama dengan cawan batu tahun 1970-an. kualitinya lain.
cawan batu yang dijual sekarang - bunganya tidak terang - jika dibasuh dan disental warnanya mudah tanggal.