Selasa, 26 Mei 2009

kuala lumpur dulu-dulu


di sebelah bangunan central market ada bangunan yang dinamakan central square (sekarang dikenali sebagai annexe central market). di situ dulu-dulu ada sebuah ciniplex (odeon ciniplex). rasanya itulah panggung pertama dengan berkonsepkan ciniplex di kuala lumpur. sekarang tidak beroperasi lagi.


coliseum satu-satunya panggung wayang tradisional yang masih wujud sehingga kini. panggung-panggung lain seperti odeon, federal, capitol, dan rex sudah ditutup. lama sebelum itu, lido di jalan brickfield (sekarang jalan tun sambanthan) yang selalu menayangkan filem hindustan terlebih dahulu telah ditutup.

amcorp mall - syurga peminat barangan vintage, rare, dan antik pada hujung minggu. dulu-dulu ada ciniplex di tingkat 3. dah ditutup juga sekarang. dulu-dulu - kalau fikiran buntu dan tak tahu nak buat apa-apa - habis waktu persekolahan saya ke sini. menonton apa-apa saja cerita.

itu dulu-dulu. waktu hidup gaya urban.

sekarang ada lagikah tiket wayang ditulis dengan pensel warna?

6 ulasan:

matakucing berkata...

kalau kat klang dulu ada odeon-tepi sg Klang (ada lagi smpai sekarang cuma tayang citer tamil), cathay (sekarang dah jadi The Store), Lido kat Plaza Chi Liung (sekarang plaza metro tp dah tutup pawagam tu), kat port klang odeon rasanya. Kat banting Rex & Lido rasanya tp semua dah tutup. Sempat la merasa panggung wayang oldskool ni. Paling ingat tgk citer Isabella & Robocop II

deaf_angel berkata...

beb punyelah lama wa nunggu lu update blog
tapi...tunggu yang berbaloi huhu.

thanks for sharing benda2 zaman cumi dan ciki ni semua.

tinggal kenangan je ni smua..

aku suka zaman dulu nengok wayang, nanti separuh jalan kena break, pegi toilet, tapi sebenarnye apek kat projektor room tak tukar reel haha

syiling peringatan malaysia berkata...

suka dengan blog nie, terutama paparan tiket wayang ...teringat Cathay Klang, Odeon Klang, Capitol Klang, semua tiket stail macam nie .... .

saya nak letak link saudara dalam blog saya

Jamkoleksi berkata...

Tengok tiket ni ingat pulak zaman studi kat UTM Jalan Gurney... boleh kata selang 2 @ 3 hari mesti tengok wayang... semua panggung dan semua cerita tengok termasuk Golden City yang tayang filem ada XXX sikit tu... payah zaman belajar dulu asyik ingat kalkulas saja.... ish... ish

rimanilzah berkata...

matakucing,
kdg2. ada yg buat wayang dlm wayang. garpu menjalar. panggung wayang oldskool lebih gelap. hahaha

deaf,
ada banyak benda lg aku nak kongsi. tapi tulah kdg2 tu tak ada mood, bro. btw t. kasih ingatkan aku.

brader syiling,
silakan. t kasih krn menghargai

abg. lan,
golden city lagi lama panggung tu.

Tanpa Nama berkata...

Dulu masa kat Kuching pernah tgk cerita Rambo II kat panggung Rex. Tengah seronok ada tikus lalu kat kaki!

Apa-papaun aku merindui pawagam jenis ni.