Rabu, 19 Mei 2010

dari batu 6 jln klang lama ke stesen bas klang


semasa tingkatan 6 saya bersekolah di victoria institution. saya naik bas. bas kl klang. kadang-kadang naik bas mini. tapi untuk lebih jimat saya pakai pas dan naik bas kl klang. tambang sebulan dari batu 6 jalan klang lama ke stesen bas klang tahun 1985 dan 1986 hanya rm12.50.

naik bas. beri kad pada konduktor. konduktor akan ketik pas pada tarikh kita naik bas itu.

naik mesti duduk belakang. barulah rock. tapi, bangku yang ada awek cun akan lebih diberikan keutamaan. tak kiralah di depan atau di belakang.

begitupun, lazimnya saya hanya duduk di sebelah sahaja. tanpa, memulakan apa-apa perbualan. al-maklumlah, walaupun kacak saya amat pemalu dan pendiam orangnya.

hanya mata saya yang rajin berkata-kata.

"awak tengok apa?" tanya awek cun di sebelah yang memakai baju kurung tak berkancing di lehernya.

alamak! mata saya tiba-tiba diam seribu bahasa.

5 ulasan:

deaf-angel berkata...

VI ni sekolah legend dari dulu sampai skarang..

budak2 sekolah lain mesti jeles tengok padang VI gedabak punye besar haha..


nak tunggu ko buat post, lama lama jarang jarang tapi best giler..

en mat berkata...

Aku menapak tiap pagi dari tahun 1975-1985 pegi sekolah petaling lalu depan pekan batu 6 JKL.,

kalau pi PJ old town, balik mesti singgah kat pekan batu 6, pekena mee mamak, ambik gambar family kat kedai foto corner lot.

La nie tinggal satu je kedai runcit, lain semua dah roboh, tinggal kenangan je.Generasi baru tak tau pun kat mana pekan batu 6.

naik bas lama tekan butang PUSH ONCE. Driver baru nak remmm gear satu dah berhenti, dulu bus stop takde ikut LAW...tahan sesuka hati je...Klasik bro.

jiwa lelaki bujang & macho, bila melihat orang pompuan , kat mana lagi meliar matanya kalau fokus bukan ke situ...TST tau sama tau la.. he he he

psst bro, awek hari tu mengancam tak...he he he budak kg medan ke budak taman dato harun ke budak kg gandhi ha ha ha

apapun jangan berhenti berkarya bro, Assalamualaikum.

rimanilzah berkata...

deaf,
aku cuba selalu2. kadang2 ada perkara lain yg mendesak.

en. mat,
batu 6 sgt nostalgia. amoi-amoi pj old town lebih diberikan perhatian. hahaha

deaf-angel berkata...

yo my fren

selamat menyambut bulan ramadhan

rimanilzah berkata...

selamat berpuas, bro.