Selasa, 24 Ogos 2010

autograf pak engku




saya panggil beliau pak engku. allahyarham t. alias taib. penulis yang saya kagumi lewat sajak-sajaknya. sewaktu di mmsc (multimedia synergy corporation) beliau pernah bekerja di bawah seliaan saya. bersama-sama dengan pak engku, encik rahim abdullah dan cikgu othman rasul juga di bawah seliaan saya.

mereka menulis modul perisian bahasa melayu untuk projek rintis sekolah bestari. tetapi, pak engku dan encik rahim tidak lama berada di mmsc. ternyata menulis puisi ialah dunia dua penulis mapan itu jauh berbeza dengan menulis bahan untuk murid sekolah.

begitupun, cikgu othman menulis sehingga projek ini tamat.

encik rahim ada menulis surat (baca nota) kepada saya sebelum beliau berhenti daripada menjadi penulis di mmsc. malangnya, surat itu telah hilang. cuma, yang ingin saya paparkan di pasar karat kali ini ialah autograf (catatan) yang ditulis oleh pak engku dalam antologi-antologi sajaknya (yang saya beli).

4 ulasan:

ZR berkata...

teringat pak engku..alahai...

deaf-angel berkata...

hmnnn tak pernah tau..skarang baru tahu

deaf-angel berkata...

fren, aku ucapkan selamat hari raya kat ko dan family..
all the best.

rimanilzah berkata...

tk deaf, selamat hari raya juga.