Ahad, 23 September 2018

straw kertas

sebelum pencen, cikgu mat memberikan saya straw kertas ini. pada kotak tertera tempat straw ini dibuat, iaitu pulau pinang. nombor telefon masih lima angka.

tidak pasti, bila tahun akhir straw kertas digunakan dan diganti dengan straw plastik.

straw kertas ini mudah reput berbanding dengan straw plastik. lebih baik untuk alam ini. mungkin suatu ketika nanti, straw kertas ini akan digunakan kembali.


Rabu, 31 Disember 2014

akhbar penutup tahun

bukan semua akhbar aku jual di kedai barang lusuh. kadang-kadang ada yang aku simpan. yang ini aku telah simpan sepuluh tahun lamanya. lima hari menjelang tahun baharu 2005.

31 Disember 2004

30 Disember 2004

29 Disember 2004

28 Disember 2004

27 Disember 2004

Jumaat, 19 Disember 2014

berjalan di tanah gersang


(i)
kampungan setinggan sentosa sepakat, jalan kelang lama, kuala lumpur - kami layan lagu melalui kaset waktu itu. kalau bukan di rumah sendiri, aku dengar di rumah mak cik esah di sebelah. kadang2 layan lagu di rumah sahar. antara yg jadi pilihan waktu itu ialah lagu daripada kumpulan ini, kembara.
sekarang, dah lebih kurang 28 tahun berlalu.

(ii)
tahun2 80-an – duduk rumah setinggan di kg sentosa sepakat dengan atap zink berbahang. tak jauh dari rumah ada landasan kereta api. kalau ke sana, engkau lihat kereta api lalu. dengar lagu “ekspress rakyat” tentulah feelnya lain.
di tepi jalan dekat taman kanagapuram engkau lihat buruh kasar dari kaum melayu, cina dan india (err… sekarang buruh kasar kat malaya ini bangsa apa, ya?) duduk tepi longkang. mereka tunggu kepala angkut mereka dengan lori – ambil kong. tentulah lagu “senandung buruh kasar” itu ada makna yang tersendiri.
di tepi jalan batu 6 jalan kelang lama ada satu gerai jual surat khabar – pak darus tuan punya kedai itu. ada satu perasaan apabila kau dengar lagu “penjual surat khabar”.
mak pula selalu berleter, kalau tak ada pelajaran, abang nak jadi apa? jadi, apabila engkau dengar lagu seperti “perjuangan” dan “impian anak jalanan” rasa lain saja. macam ada inspirasi di situ.
engkau selalu ke hentian pudu raya – upah dubbing lagu2 feberet di satu kedai. ada satu kedai buku feberet kau juga di situ. masa ada awek, engkau hantar awek balik ke utara. haha. dan, tanpa kau sangka, suatu hari pada suatu hujung tahun 80-an kau hantar dia lagi ke utara dan itulah kali terakhir kau hantar dia di hentian itu. HAHAHA. bayangkan waktu itu la – apa rasanya dengar a.ali nyanyi lagu “di perhentian pudu raya”.
masa engkau sekolah di victoria institution, engkau dan kawan2 buat pementasan teater. engkau dan zul pilih lagu “rupa tanpa wajah” sebagai lagu latar.
kehidupan tahun2 80-an sangat marhaen. kalau ke kolumpo kami selalu makan di “benteng selera”. (sekarang benteng di jalan pasar itu tak wujud lagi). masa remaja pula jadi “kutu” pakai jeans koyak dan jaket lusuh. sembang tepi tembok dengan amie, saiful dan sahar macam bagus je.
kehidupan tahun2 80-an sangat marhaen. kau tak mampu tonton konsert berbayar. mujur setiap hujung minggu tivitiga buat konsert percuma di panggung anniversary, taman tasik perdana. dan, paling best m.nasir pernah buat konsert untuk filem “kembara seniman jalanan” di situ. kau dan kawan2 jadi pelakon tambahan. haha. ada yang sanggup panjat pokok untuk dapat view yang lebih baik.
(iii)
mana nak sama dengan feel tonton kembara di panggung bertaraf dunia yang berhawa dingin dengan harga tiket ratusan ringgit. kau tonton kerana emosi dan kenangan. setiap lagu membawa cerita dan kau terbawa jauh ke kira-kira 28 tahun yang lalu.

(iv)
ada waktu2nya kau seperti melayu lain juga – engkau membeli emosi dan kenangan. wattahel man.

Ahad, 14 Disember 2014

restorasi

ada sesiapa pernah buat kerja restorasi seperti ini? sila angkat tangan.

Sabtu, 18 Oktober 2014

nota lama seorang kawan

dulu. bangun pagi 18 oktober 1986. aku lihat nota ini terlekat di almari baju aku di rumah sewa kami di jalan raja alang, kampung baru. kawan aku, budak jawa dari batu pahat yang lekat. mordani namanya.

Isnin, 16 Julai 2012

Selasa, 17 April 2012