Khamis, 19 Februari 2009

pembuka botol 2

ada macam-macam bentuk pembuka botol. dulu, mana ada botol plastik. semua botol kaca. kalau tak silap beli sebotol minuman empat puluh sen. kalau pulangkan botol dapat sepuluh sen. kalau tak mahu bawa botol boleh isi dalam plastik. plastik pun bukan macam plastik sekarang. plastiknya tebal dan mudah lupus.

sekarang, orang dah tak semakin sayang kepada alam.

saya pengumpul barang-barang murah sahaja. pembuka botol itu berharga seringgit hingga lima ringgit sahaja. ada yang saya dapat percuma.