


zaman sekolah dulu-dulu. kalau dapat bekas pensel plastik yang penutupnya ada magnet memang bergaya. masa itu mana ada pensel untuk peperiksaan - stabilo. pembaris pun pembaris kayu. getah pemadam kepala hijau ada huruf a, b, c ... . pen bic atau reynolds.
itu dulu. sekarang pen pilot tidak lagi dijual di kedai-kedai alat tulis. sukar sekali untuk mendapatkannya. kalau ada pun harganya ... .
seperti (dalam gambar) yang dilihat di sebuah kedai antik di kuala lumpur.dulu. getah dimasukkan dalam tin minyak yang dikerat dua. dibubuh cuka getah. setelah beku - getah dikeluarkan. dipijak-pijak supaya leper. kemudian, dimesin. mula-mula, dengan mesin licin. kemudian, dengan mesin bunga.
sekarang. orang jual getah sekerap atau susu getah sahaja.