Rabu, 25 Mac 2009

dari bic ke reynold

dah sekolah menengah baru merasa guna pen. dapat pula pen bic. wo, memang best!kalau tak silap. masa tingkatan 4 atau 5, pen reynolds mula popular sebelum diambil alih oleh kilometrico. reynolds dah tak dijual lagi sekarang.
lama sebelum itu, di sekolah rendah - masih guna pensel walau dah darjah 6. kalau salah senang nak padam. masa tu guna pemadam abc.
kalau guna pisau lipat yang ada gambar ikan ini - dah kira hebat la.

tentang pen bic itu ada satu majik. dua hujung mata pen bic ditemukan. kemudian, salah satu pen dilepaskan. pen yang dilepaskan itu tidak jatuh. malahan boleh dipusing-pusing dengan menggerak batang pen yang lagi satu.

majik bukan?

rahsianya - hujung mata pen bic itu dicabut dan diletakkan seurat rambut. dipasang semula. hujung mata pen yang lagi satu digantung pada rambut tersebut.

8 ulasan:

deaf_angel berkata...

ada lagi ko ni smua eh..
getah pemadam yang gambo2 bendera2 negara tu ko ada? hehe

rimanilzah berkata...

deaf,
aku cari kat kedai-kedai apek. tp yg bendera tu tak jumpa. rare sgt tu.

kotakata berkata...

blog ini aku benci sebab menjadikan aku selalu melankolik. kheh!

matakucing berkata...

heh..ko simpan lagi eh brg2 tu..
sekarang baru nak menyesal sebab dulu tak terpikir pon nak kumpul. rare ni

rimanilzah berkata...

kotakata,
saja aku nak gamit ko ke era 80-an. kheh!

matakucing,
aku pun tak simpan. tapi aku cari di tempat keling botol.

eiza in the house.. berkata...

hai,
bestnya...awak simpan lagi semua benda2 nie..sy tak suka pen dlm pic yg kedua tu..susah nak tulis..sakit tgn..hehe

nape tak igt nak simpan ekk leh jadi kenangan

rimanilzah berkata...

eiza,
ada yg saya simpan. ada yg dikutip di tempat buangan shj

basikal karat berkata...

piiiraahhhhhh.... aku punya lagi power