Sabtu, 18 Julai 2009

happy

saya ikut sombongan e-sastera ke jakarta. malam pertama kami menyaksikan persembahan di reboan pasar malam. ada banyak acara malam itu. antaranya baca cerpen. hah, baca cerpen! tentulah membosankan - tapi tidak - jika yang membacanya happy salma.

tapi bukan itu yang hendak saya khabarkan kepada anda. bukan happy yang itu.

ini happy yang lain. happy yang pernah saya ceritakan dalam entri yang lalu. tentang dewan happy yang terletak di bagan serai tapi tak tahu di mana. tiketnya pernah saya tawarkan kepada anda. tentu masih ingat.
rupanya happy ada di tempat lain. ditemukan di sungai besar, selangor oleh rakan blog, fikri old skool. menurut fikri dalam e-melnya kepada saya:

orang lama di situ mengatakan bahawa pada masa dahulu, di pekan-pekan kecil seperti sungai besar, sabak bernam, teluk intan dan sewaktu dengannya, di pawagam happy ini mereka menonton filem.
saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada fikri atas kiriman gambar ini.

8 ulasan:

kak ina kl berkata...

salam...alahai akak baru aje dapat semalam...sayang pulak nak bagi..tunggu dululah ye...

akak dah email pasal tiket wayang..dpat ke idak?

rimanilzah berkata...

ok. no hal nyer, kak ina. tiket wayang tu nanti saya pos.

matakucing berkata...

oo baru balik jakarta ya pak..

Fitri Osman berkata...

Salam...sorry tak pandai nak cari sudut nk snap photo..main shoot je tu..tima kaseh posting gambar tersebut..

deaf_angel berkata...

very nice nostalgic photos..

dah makin takde dah panggung gini, satu2 kena roboh, tak pun kena modify rabak2 dah jadi rupa lain.

rimanilzah berkata...

matakucing,
lama dah pergi, bung

fitri,
aku suka gambar2 tu. nampak rare. kdg2 gambar yg tak dirancang2 ni lagi syok tengok

deaf,
yup. panggung mcm ni semakin menghilang. dan menghilang.

frightrice berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
frightrice berkata...

Hi Rimanilzah, saya ada gambar panggung ni masa zaman kegemilangannya. Lepas saya tengok blog ni baru saya tau kat mana lokasi panggung Happy ni, thank you :)Just to share with you, dulu (Circa 1970s) kat sebelah panggung ni ada Kedai Kopi Nam Tai (Nam Tai Bar Hotel & Restaurant). Tak tau-lah kedai kopi ni ader lagi ke tak. Kat area ni dulu banyak basikal parking kat depan wayang ni, kira nilah major mode of transportation kat area ni.