Rabu, 18 November 2009

kembali berkarat

lama pasar karat ini terbiar berkarat. saya tidak ke mana-mana - cuma sedikit berhalangan untuk mengambil gambar.


sehingga hari ini sebenarnya, telah tiga bulan kaki saya sakit. jatuh tangga. tulang kaki saya retak. bersimen. baru sebulan dibuka.


lama tidak beroperasi di pasar karat, saya menjual kata di pasar kata. kepada anda yang tidak biasa ke sana, saya tampalkan di dinding pasar karat ini sebuah sajak khas untuk anda.


penggemar antik
:buat peminat sekolah lama di pasar karat



dia penggemar barangan antik


dia gemar jam antik
dia gemar radio antik
dia gemar kereta antik
dia gemar basikal antik
dia gemar kamera antik
dia gemar perabot antik


dia gemar semua yang antik


cuma satu yang antik
dia tak gemar
dia tak gemar isteri antik


Alhamdulillah. saya semakin sembuh. insya-Allah saya akan kembali "berkarat" di sini.

6 ulasan:

matakucing berkata...

welkam back ,semog cepat sembuh & berkarat semula

ahmadkamil berkata...

kembali bertarung bro, semoga bertambah sembuh...apapun aku dah jumpa bebudak skp tahun 1976 & budak smp (spm 85)..

ahmadkamil berkata...

bro, hang email address kat aku,
kamil682000@yahoo.com
ada barang nak pos kat hang, aku bagi percuma FREE je...buku paul klee ni...
http://www.mudah.my/Buku-lukisan-painting-book-paul-klee-n-his-travel-4366233.htm?last=1

rimanilzah berkata...

matakucing,
yup. kembali berkarat

kamil,
paul klee... perghhh. skp dan smp tu kenangan terindah buat aku.

Fitri Osman berkata...

salam bro..
harap2 cepat sembuh sedia kala...aku pun nak berkarat tunggu hang punya posting..nasib hang bagi sajak skit..hilang karatnya..

deaf_angel berkata...

Aloha ~

ko ada kecedaraan ye bro. Semoga cepat2 sembuh dan dapat bergerak macam biasa, insyallah. Amin.

take care