Isnin, 7 Disember 2009

rokok gulung kertas surat khabar

masih ingat. zaman dulu-dulu. waktu mula-mula belajar nak merokok. gulung-gulung kertas surat khabar dan cucuh api. terbatuk-batuk pada mulanya kerana tidak biasa.

saya pernah cuba. tapi saya tidak melanjutkan aktiviti itu menjadi perokok tegar. entahlah. saya rasa rokok bukan benda sedap. macam sesetengah orang tidak suka makanan itu. tidak suka makanan ini. tekak saya tak dapat terima rokok.

*

"rokok?" tanya janet.
"saya tak merokok," jawab saya.
"baiknya awak," kata janet.
"habis. awak ingat orang yang hisap rokok jahat?" tanya saya kembali.

janet bungkam.

*
"rokok?" tanya encik tarmizi.
"saya tak merokok," jawab saya.
"merokoklah, baru jantan," kata encik tarmizi.

saya tersengih.

*
namun, saya suka item-item yang ada kaitan dengan rokok. begitupun, pengumpul yang berbajet ciput seperti saya tidaklah mendapat koleksi yang hebat-hebat sangat.

kadang kala saya tebalkan muka minta dari tuan punya kedai tempat saya bersarapan. jika bernasib baik - saya dapat percuma walaupun saya menawarkan harga tertentu mengikut kemampuan saya.

*
bekas habuk rokok ini. saya beli. harganya berpatutan dengan pengumpul berbajet ciput. seperti saya.

4 ulasan:

ahmadkamil berkata...

Waduh, menyengat entrinya dong, penuh madah berhelah. Benson and Hedges ni mengimbau kembali kenangan saya kerana isteri saya salah seorang peserta Benson and Hedges Golden Dream, dapat trip pi air terjun selorong paling lebar, di Guyana, Amerika Selatan.

rimanilzah berkata...

yup. masih ingat rancangan itu. juara kingsway, more jutaria dan sempurnakan hidupmu juga tajaan rokok yg nostalgik.

madah berhelah? hahaha. anekdot biasa saja.

deaf_angel berkata...

ni dulu2 bolasepak, ada jugak benson & hedges sponsor, selain dunhill

iaryylr berkata...

Ya, rancangan Benson & Hedges golden dream itu memang menarik!