Rabu, 25 Mac 2009
dari bic ke reynold
tentang pen bic itu ada satu majik. dua hujung mata pen bic ditemukan. kemudian, salah satu pen dilepaskan. pen yang dilepaskan itu tidak jatuh. malahan boleh dipusing-pusing dengan menggerak batang pen yang lagi satu.
majik bukan?
rahsianya - hujung mata pen bic itu dicabut dan diletakkan seurat rambut. dipasang semula. hujung mata pen yang lagi satu digantung pada rambut tersebut.
Khamis, 19 Februari 2009
pembuka botol 2





ada macam-macam bentuk pembuka botol. dulu, mana ada botol plastik. semua botol kaca. kalau tak silap beli sebotol minuman empat puluh sen. kalau pulangkan botol dapat sepuluh sen. kalau tak mahu bawa botol boleh isi dalam plastik. plastik pun bukan macam plastik sekarang. plastiknya tebal dan mudah lupus.sekarang, orang dah tak semakin sayang kepada alam.
saya pengumpul barang-barang murah sahaja. pembuka botol itu berharga seringgit hingga lima ringgit sahaja. ada yang saya dapat percuma.
Isnin, 2 Februari 2009
Selasa, 27 Januari 2009
dulu hitam sekarang putih

Ada yang masih ingat ubat gigi ini? lelaki hitam bertopi macam ahli silap mata. kawan saya kamil tentu ingat. mungkin pakai masa kecil-kecil dulu. saya ambil iklan ini di pekan parit hujung tahun lepas. darkie. sekarang yang hitam itu dah putih. darlie.
yang ini gelas darkie. dapat percuma. dulu. sekarang kena beli. pengutip sampah macam saya - beli yang murah sahaja.

sebutan lama - darkie. sebutan baru - darlie. bukan dahrie. itu hero eSastera.
gelas-gelas klasik 4
kenduri dulu-dulu banyak guna gelas macam ini. sekarang banyak guna gelas jernih buatan indonesia. masa raya - saya suka guna gelas macam ini. budak-budak minum sedikit. jadi gelas bersaiz kecil ini amat sesuai. tak membazir.



