Jumaat, 24 April 2009

big blue marble





tahun 80-an di tv ada rancangan "big blue marble". saya dan abang saya suka tonton rancangan ini. bahasa inggerisnya mudah. di akhir rancangan ada segmen pen-pall. alamat sahabat dari serata dunia dipaparkan.

abang saya ambil satu alamat - dari jamaica. dia tulis surat. nak tulis surat ke luar negara tak boleh guna letter pad biasa - berat - nanti setem pos kena bayar lebih. jadi, abang saya gunakan air mail letter pad - lebih ringan.

masa itu pengetahuan geografi saya sangat teruk. pada saya - semua orang luar negara cun-cun belaka. saya bayangkan pen-pall abang saya itu macam farrah fawcett dalam "charlie's angels" siri tv yang popular tahun 80-an.

hm, rupanya tidak! sahabat pena abang saya itu berkulit hitam.

lama setelah dewasa saya terfikir. mengapakah kita perlu menghina seseorang kerana warna kulit atau keturunannya? bukankah dunia ini dicipta untuk dikongsi oleh semua orang? tak kiralah putih, hitam, atau kelabu asap.

"big blue marble" sendiri sebuah siri tv tentang persefahaman sejagat. begitupun, masyarakat di sekitar saya pada masa kecil memberikan persepsi bahawa si hitam itu jelek.


7 ulasan:

deaf-angel berkata...

yep aku ingat progrem ni..
aku terfikir2 apa kebendanye pakai nama goli.
ooo big blue marble tu cam earth la kira

Tanpa Nama berkata...

itu le masalahnya, bro.... asal hitam je - jahat. asal buruk/hodoh je - jelek. minda kita dah dicorakkan begitu. nak bubar bukan senang...

En Kamil berkata...

bro , luar topik jap... tu hari cakap ada nak carik kasut aliph kan.... cuba blogging mamat Shah Alam nie punye blog...

http://syndicate-barang-lama.blogspot.com/search/label/ALIPH

deaf-angel berkata...

selalu aku masuk sini tunggu ko update bro.

Bila aku gi Sungei Road, teringat kat blog ko ni.
Dan aku fikir, kalo ko gi Sungei Road, mesti ko suka, cammana aku suka huhu

kalo ko belum pernah gi sungei road kat spore ler

rimanilzah berkata...

deaf,
bz skit skrg ni. nanti aku update. ada bajet dan ruang - aku kepingin ke sana.

kotakata,
itu la fasal. mentaliti tak berubah.

bro kamil,
tk atas maklumat

Unknown berkata...

salam..alahai teringat kenangan lalu bila dengar lagu ni..

bell berkata...

big blue marble.....ya dlm tv dulu ada disiarkan...selalu ikut siaran ini, sebab di akhir setiap siaran ada ruangan penpal, dan kena tulis suratlah kalau nak bersahabat pena, penpals.....

seronok dapat penpals, banyak surat yang sampai, masa tu banyak dari negara sedang membangun macam africa, amerika selatan, dan asia.....

namun semua itu kenangan time sekolah menengah 1975......