Rabu, 29 Julai 2009

nadra: buku sejarah yang dimakan anai-anai

pada hari saya mengetahui berita pemergian natrah, saya mencari buku ini. sayangnya, telah dimakan anai-anai.


nadra: buku sejarah yang dimakan anai-anai

buku tragedi nadra
di lemari sejarah itu
- tidak apa-apa pada luarannya

maklumlah, yang berlaku
hampir setengah abad dahulu
- siapa yang peduli

kalau pedulipun - hanya kepedulian
yang begitu - yang begitu sahaja
bukanlah apa-apa
hanya catatan-catatan
hanya tarikh-tarikh
hanya sejarah-sejarah

hari pecah berita nadra pergi
aku hampiri lemari sejarah itu
kutarik buku tragedi nadra
di lemari sejarah itu
- tidak apa-apa pada luarannya
maklumlah, yang berlaku
hampir setengah abad dahulu
- siapa yang peduli

rupa-rupanya:
buku sejarah yang terbiar itu
dimakan anai-anai isinya
tragedi nadra tak dapat kubaca

(kalaupun dapat kubaca - hanya
mungkin - mengunyah isinya
menelannya tanpa hadam
)

buku yang kupegang
tidak apa-apa pada luarannya
- namun muka dalamnya telah hilang
hilang bersama-sama perginya nadra
menjadi sejarah dimakan anai-anai

dan kala ini
(kala muka juga agaknya)
nadra-nadra yang lain muncul
menjadi sejarah baharu
yang mungkin menunggu anai-anai juga
agaknya

rimanilzah
semanggol
29 julai '09

7 ulasan:

deaf-angel berkata...

aku punye koleksi majalah2 rare Iron Maiden dari tahun2 80an, abis semua kena makan ngan anai2.

Nak kumpul balik, mungkin kat ebay ada tapi mesti tak boleh imegin perbelanjaan nak kumpul balik.

Anai2 ni memang semacam serangan dia.


Natrah, mariah hertogh,
masa ni jadi, orang kampung dari Kelantan berbasikal sampai Singapore nak tolong pertahankan agama.

banyak lagi cerita2 sideline tragedi ni

kamal sabran berkata...

jom ke LOKEN ipoh ahad ni :)
dgr cerita banyak karatz :)

*gua pon pengumpul karat juge haha

Unknown berkata...

salam...tq bagi tiket tu...akak dah dapat hari sabtu..terima kasih bebanyak ye..

School Of Tots berkata...

Murtad itu isu besar. Tapi kini seolah-olah isu tidak besar. Apakah kerana ramainya umat kini ibarat buih di laut?

Tanpa Nama berkata...

Hampir semua generasi baru Malaysia tak tahu siapa itu Natrah.

Kalau ada pun hanya Singapura sahaja mempelajari sejarah Natrah kerana tragedi Natrah berlaku di Singapura.

Tragedi Natrah ini diisytihar menjadi sejarah di Singapura tetapi tidak di Malaysia.

Belacanhangit berkata...

sygnye buku natrah ni jd sbegini...

zulfakhri berkata...

Skrg nvel ni dh diupload dlm tenet kan