Khamis, 18 Jun 2009

tiket wayang percuma

tiket wayang di atas saya dapat percuma daripada seorang apek (penjual pinggan mangkuk klasik) di bagan serai. satu buku untuk kelas satu berharga $1.40 dan satu buku untuk kelas dua berharga $1.00.

jadi - ada banyak - berkeping-keping - cukup untuk satu panggung agaknya.

sekarang - saya hendak beri tiket wayang itu secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang berminat. e-mel saja alamat kepada rimanilzah (at) yahoo.com. taip alamat itu di ruangan "ulasan" pun boleh saja.

berminat? silakan.

jangan pula cari dewan happy di bagan serai itu untuk menonton wayang secara percuma.

saya sendiri tidak tahu di mana dewan happy itu. saya ada bertanya kepada beberapa orang lama di sini (semanggol) tetapi mereka tidak pasti. mungkin abang azlan tokeh jam kita boleh membantu?

mungkin - tiket wayang itu digunakan dalam era 50-an atau 60-an. jika 70-an atau 80-an tentu ada rakan-rakan saya di sini yang tahu.

20 ulasan:

abdul aziz berkata...

saya berminat nak dapatkankan tiket wayang tersebut. Alamat saya...

ABDUL AZIZ BIN A.HAMID,
A1-05-15,JALAN TKK 2/5,
TAMAN PUNCAK KINRARA,
47100 PUCHONG,
SELANGOR.


nak tanya sikit..camna boleh timbul cerita pasal tiket wayang ni padahal apek tu jual pinggan mangkuk aje?

Jamkoleksi berkata...

teman paste balik dalam ruangan ni... tadi silap port...

teman memang tumpah darah di bagan serai tapi bila time tingkatan satu sampai tamat universiti semuanya di luar kawasan... jadi ingat-ingat teman bagan serai masa tu ada panggung faderal dan merlin saja... time filem hindustan... penuh bas merah dengan orang macam naik bas mini kat kuala lumpur tu... rasa teman dewan happy ni yang dok ada depan sekolah menengah alang iskandar kot... kedai baru juga tu... sekitar 1990an juga kot...

deaf_angel berkata...

bestnye aku nengok ni semua haha.
rasa riang ah kalo baca2 apa yang ko post.

rimanilzah berkata...

aziz,
apek tu mmg jual pinggan mangkuk. tapi di kedai dia ada bbp "benda" yang "rare". saya ambil la. dia bagi percuma saja - tak jual.

abg lan,
bahaya ni - salah bilik. hahaha. btw terima kasih atas info.

deaf,
laman aku mmg laman mengusik kalbu. kheh!

Fitri Osman berkata...

salam bro..kedai terpakai tu tak silap saya jalan kebun, tak jauh dr kedai tu ada bulatan kecik yg slalu jem petang2..dari bulatan tu ambik ke arah klang/kg jawa..jgn ke arah sentosa..lebih kurang 500 meter dr roundabout sampai le..skang kedai tu takde benda sgt sbb byk barang dia dah letak kat kompleks baru tmn sri muda..pi le wusha sana plak kalo free..nak barang terpakai mcm tv,radio,katil,perabot opis dll lain ada le..barang tak olsd skool pun..piring hitam lama2 ada skit..yg kedai ni skang mat bangla ramai melepak ramai2..barang pun mcm dah takde je sejak akhir2 ni..mungkin dah byk bawak ke sri muda..

Fitri Osman berkata...

bro, sampoi gak tiket tu..tak silap saya pak mentua saya ada cerita dulu kat kpg2 cina ada tapak pentas terbuka berbumbung kat tanah lapang..kalo ada show jemputan khas, diaorg akan pakai tiket..diaorg akan duduk mcm tgk wayang le tapi pakai kerusi besi lipat dan kerusi panjang..mungkin tiket mcm ni kot..tapak pentas tu kat area sblm sampai pekan kuala selangor dr jeram, bagan datok ada lagi tp dah senget mcm nak runtuh je..takpe, nanti aku try tanya org lama yg lain plak pasal tiket tu...reserve aku satu..

rimanilzah berkata...

fitri,
tk atas info ttg kedai tu. info ko ttg panggung wayang itu pun menarik juga.

ttg tiket tu jgn bimbang - aku dah reserve.

matakucing berkata...

kuno ni...best la dpt tgk brg2 kuno ni hehehe ada lagi tak tiket tu.. kalau ada lagi nak matakucings@gmail.com

rimanilzah berkata...

matakucing,
ada, bro. kelas satu ada 700 keping. kelas dua ada 800 keping.

nanti aku bagi ko. rajin-rajin tengok peti pos minggu depan.

kak ina kl berkata...

Dengan tak malunya akak pun nak..sape yang tak nak barang free..gilah kat pasar karat tu..pastu carilah pinggan mangkuk best-best..juallah kat akak murah-murah...nanti akak email alamat okey..reserved untuk akak ye..

rimanilzah berkata...

RALAT:
kelas satu ada 96/100 keping dan kelas dua ada 97/100 keping lagi.

kak ina,
boleh saja. beri alamat. saya akan poskan.

kak ina kl berkata...

okey..akak bagi alamat kat email kamu ye..tq very very much..

kak ina kl berkata...

salam...apa pasal tak leh hantar email kat kamu??

rimanilzah berkata...

mungkin. kak ini tak tukar (at) kepada @. dlm entri saya taip (at) utk elak e-mel saya dimanipulasikan.

abdul aziz berkata...

Saya dah terima tiket tersebut hari ni.terima kasih banyak2 sahabat.

eight berkata...

saya pun rasa berminat dgn blog awak ni.da rasa nak kemas rumah utk tatapan di masa lapang.nak buat mcm awak la.nampak kemas.
encik fitri ini address saya

ahamd zahid bin omar
no 86-4,kg baru,
klebang kecil 75200 melaka.

trima kasih

mad79 berkata...

salam bang..
cerita pasal wayang lama ni teringat masa kecik2 dulu..
dapat tengok jer bangunan wayang tu, nak masuk tak de duit..teket wayang tu ada lg ke bang?
saya nak juga boleh, nak buat kenangan..

ni alamat saya,

Muhammad bin Ibrahim
17, jalan mentari 1A/3,
Bandar Mahkota Banting,
42700 Banting Selangor.

tq.

abdaziz berkata...

salam tuan rumah..
tiket2 wayang tu dah habis ker skrg..?

frightrice berkata...

Salam,
Saya pun berminat dgn tiket Dewan Happy tu. Alamat saya:

Salzian Nawawi
104 Jalan Dedap Batik, Sierramas, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Terimaskasih daun keladi, ada lagi silalah bagi :)

Ipoh Station Antique Cafe berkata...

Saya juga berminat dgn ticket wayang tu. reserve kat saya, banyak sikit. bayar pun tak pe