"itu kawan abang," kata adik saya wan, setiap kali melihat bank berkepala harimau itu. di mana-mana jua.waktu itu, batu road supermarket dan keramat supermarket ialah pasar raya yang amat popular. kemudian, tumbuh hankyu jaya dan paling gah the mall di jalan putra. tapi, budak-budak muda suka lepak di kompleks pertama dan kompleks campbell.pernah makan di kfc jalan tar? kfc ini masih wujud sekarang. rasanya antara yang terawal ada di kl selain yang terdapat di kompleks pertama dan di depan hentian bas pudu. tahun-tahun 80-an, masih ada yang berikan berikan perkhidmatan ala-carte. sekarang, semua kfc layan diri.
dulu-dulu. tahun-tahun 80-an. dapat RM340.00 sebulan pun dah cukup. bayar sewa rumah. makan minum. boleh beli baju. belanja awek makan dan tengok wayang pun boleh.
budak bujang sekarang, cukup ke kalau banyak itu kalau tinggal di kl?
6 ulasan:
rm340..duit myk jer tu he5..resit tulisan clear lagi tu
punye la lama aku tunggu update blog ko ni haha
MATAKUCING, masih clear. bukan mcm print digital skrg. DEAF, hahaha. tk krn masih ingat blog karat ni.
syahdu rasa bila nengok resit "Batu Road Supermarket" tu... isk isk isk... tak jauh dari sana ada satu lagi kembar dia "Keramat Supermarket"... nostalgia sungguh
chachamerbah.blogspot.com
first time tgok blog ni..best betul masa lalu. Saya pernah sesat masa ke Hankyu Jaya 1986 kerana pasar malam dan bas rombongan diparking belakang Pasar Malam bertentang jejantas..pada 1990 ada live band nyanyi bawah/tepi jejantas tu..
seberang jalan Batu Road ada Plaza Selangor. Masa tu chow kit - pertama - pudu raya - bukit bintang macam kampung sendiri je. Ulang-alik jalan kaki je.
Catat Ulasan