Selasa, 2 Jun 2009

buku sejarah yang menjadi sejarah

jika anda masuk darjah 1 di antara tahun 1974 dengan tahun 1981, anda tentu menggunakan buku sejarah yang telah menjadi sejarah ini.

masihkah ingat?

jika anda mula masuk tahun 1 tahun 1982 dan seterusnya (darjah dah tak guna lagi) buku yang telah menjadi sejarah ini bukanlah buku sejarah anda. anda telah gunakan buku alam dan manusia. kemudiannya, kajian tempatan.


masih ingat tokoh-tokoh sejarah yang anda pelajari? yang minat tentulah ingat.
tak ingat dan tak minat macam manapun - tentu ingat vasco da gama dalam buku sejarah darjah 6 ini.
juga. tentulah ingat panglima portugis yang anda sebut di-al-bu-ka-ka-ki ini. dan, yang lagi satu yang namanya macam kuih lopis itu.

sejarah dulu-dulu - nostalgia sungguh. saya (darjah 4 - 6) sekolah di skp (sek. keb. petaling) sama dengan en. kamil, seorang kolektor coca-cola.

10 ulasan:

deaf-angel berkata...

dulu kecik2 ko ingat tak?
kita kalo bukak RTM pagi2 kat tv, nanti ada saluran pendidikan.

nanti kul 9 satu show, kul 10 satu show.
ada matematiks, ada sejarah...

en mat berkata...

Bro, aku paling tak gemor matapelajaran sejarah nie, bukan apa, nak mengingat tahun, nama pemimpin, even masa SPM tahun 1985 pun tak ambik sejarah, tapi ambik ilmu alam (geografi). Tapi la nie bila ada blog, kena tahu la pasal sejarah or asal usul sesuatu benda tu....he he he .La nie baru la aku tahu betapa pentingnya sejarah kepada aku..

rimanilzah berkata...

deaf,
aku ingat lagi. waktu tu ada dua saluran saja. tahun 84 baru ada TV3. skrg, tv pendidikan ada di astro.

bro kamil,
itulah beza kolektor biasa dg kolektor sebenar. kolektor sebenar mahir sejarah benda yg dikumpulnya. saya kolektor biasa saja.

Saudagar Mimpi berkata...

Koleksi yg menarik saudara. Dah lama betul tak tengok kulit buku sejarah darjah lima tu. Nostalgia ni. :)

rimanilzah berkata...

bro, saudagar. terima kasih. ini blog terkenang semasa dulu.

Fitri Osman berkata...

Salam..Banyak barang bro old skool, sempoi...Saya dah lawati blog en.Kamil..Korang satu sekolah yek..Gelas Darkie yg biru mula2 dlm blog saya tu saya ada lebih...Bro ada tiket bas mini old skool lebih tak?? Maklum la, saya pendatang..Kecik2 miskin, tak merasa pun nak naik bas mini kat KL dula2..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zul berkata...

mana nak dapat buku sejarah ni...sekarang saya dah jadi cikgu sejarah hasil daripada baca buku ni la

kurosagi berkata...

xtau cemane, saya lahir tahun 1987, tapi mase kecik2 dulu (umur 6-12) selalu bace buku ni kt umah~ abang yg paling tua pon lahir tahun 1978...saya masih ingat lagi stail lukisan 2..klasik beb, xde jumpe kt mane2 dah~ mmg sejarah~~ sekarang maybe da xde pon buku ni(kena korek balik stor barang2 lama klu nk cari...)

nikths berkata...

bro,,sungguh klasik dan nostalgia sekali dengan buku sejarah ni.Saya bersekolah rendah dari tahun 1976-1981 jd 3 buah buku ni lah yg digunapakai.Masa sekolah rendah tak minat sangat sejarah tp bila sekolah menengah boleh skor 2 dalam SRP he he he....Oh ya nama yg mcm kuih lopis tu adalah Lopez De Squera.