tapi bukan itu yang hendak saya khabarkan kepada anda. bukan happy yang itu.
ini happy yang lain. happy yang pernah saya ceritakan dalam entri yang lalu. tentang dewan happy yang terletak di bagan serai tapi tak tahu di mana. tiketnya pernah saya tawarkan kepada anda. tentu masih ingat.



orang lama di situ mengatakan bahawa pada masa dahulu, di pekan-pekan kecil seperti sungai besar, sabak bernam, teluk intan dan sewaktu dengannya, di pawagam happy ini mereka menonton filem. saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada fikri atas kiriman gambar ini.
masih ingat zaman surat berantai - kita dapat satu surat yang cerita itu ini - kononnya ada orang mimpikan rasulullah. kemudian, kita diminta sebarkan surat itu kepada sepuluh orang. kononnya kalau tak sebar akan ditimpa bala.

1986 - malayan banking berhad

tiket wayang di atas saya dapat percuma daripada seorang apek (penjual pinggan mangkuk klasik) di bagan serai. satu buku untuk kelas satu berharga $1.40 dan satu buku untuk kelas dua berharga $1.00.